BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha & Korban


Esok umat Islam akan meraikan 1 lagi kebesaran Islam..Hari Raya Aidil Adha..nampaknya tahun ani aku nda sempat utk melakukan ibadah korban walapupun dlm hati sudah berniat utk melakukannya. Insyaallah tahun2 mendatang selagi umur panjang ibadah korban akan kulaksanakan.
Bercerita tentang korban ni..aku rasa korban ku di hujung tahun ani ialah pengorbananku utk berhijrah dari menjadi seorg guru ke seorg kakitangan di pihak pengurusan pentadbiran. Aku berkorban cuti..berkorban masa dengan keluarga..berkorban wang ringgit (semestinya perbelanjaan kena tambah esp minyak, parking dan makan). Apap-apa pun semua atu ku anggap sbg salah satu cabaran yg perlu ku hadapi. Insyaallah akan ku tempuhi semua atu dgn hati yg tabah serta niat yg ikhlas dgn iringan doa isteri, anak-anak serta kawan-kawan yg sentiasa menyokong aku.
Paling ku sanjung ialah pengorbanan isteri ku yg tercinta yg sentiasa memberikan sokongan moral untuk ku. Pengorbanannya untuk memahami misi ku Insyaallah akan ku balas dgn limpahan kasih sayang yang tidak terkira. Walaupun mungkin selepas ini masa ku bersama keluarga agak terhad lantaran tugasan di pejabat insyaalah aku mengharapkan itu bukan penghalang untuk ku sebagai seorang suami dan ayah kpd keluarga.
Allahhuakhbar..
Allahhuakhbar..
Allahhuakhbar..
Wallilahilham..
Selamat Hari Raya Aidiladha

0 comments: