BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 15, 2010

Kemaskini Januari 2010

Sudah agak lama tidak update blog ani..bukan disebabkan kesibukan kerja di pejabat tetapi disebabkan keletihan bila balik dari pejabat. Ada juga kelapangan membuka blog di pejabat tetapi entah mengapa mungkin disebabkan talian dikawalselia oleh unit ICT JPN maka sesetengah laman web telah dihalang termasuk lah blogspot.com..hanya dapat melihat tetapi tidak dapat dilogin.
Setakat ini kerja aku dapat merasakan keseronokan bekerja di pejabat. Tiada tekanan terhadap kerja tidak seperti semasa bertugas di sekolah. itu yang kuperhatikan sebab aku banyak masa untuk berehat dan kalau ada kerja pun aku dapat selesaikan dalam jangka masa yang tidak lama. Mungkin juga disebabkan aku ada pegawai meja di bawah kawalanku jadi aku dapat mengagih-agih tugas secara sama rata. atu mungkin kelebihan di pejabat. Balik ke rumah tekanan kerja langsung tidak terbawa-bawa..tidak seperti berada di sekolah kadang-kadang aku kena memikirkan apa yang perlu dilakukan esok dan kena bersedia sebelum masuk kelas...bukan untuk tujaun mempengaruhi rakan-rakan tapi aku dapat rasa keseronokan bekerja di pejabat berbanding di sekolah. Walaupun dari segi masa mungkin kelebihan kepada masa bertugas di sekolah kerana banyak cuti..tapi bagi aku keselesaan, ketenangan dan keseronokan tanpa tekanan lebih memberikan kepuasan berbanding masa bekerja...malah secara tidak sedar buat itu buat ini masa sudah sampai ke penghujung mahu pulang sudah..
Nah julung2 kali aku bertinta secara ber'Melayu' sebab selama ani aku lebih senang menggunakan campuran berunai dan BM...

0 comments: