BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Apa-apa saja tah...

Seminggu sekali baru dpt menyubuk blog ani..di ofis nda dpt buka blog sebab kena blog oleh jabatan bagi menghalang kakitangan menyalahgunakan blog sbg saluran untuk menentang kerajaan..berangkali tah ku rasa..pelunagku membuka internet cuma sebelah pagi sebelum memulakan tugas..baiknya aku sampai di opis sblm jam 7 am jadi sampai saja aku buka FB utk mengemaskini apa yg perlu..bukan nda blh buka lepas tu cuma talian nya terpaksa bersaing dgn org lain jadi ku rasa liputan wifinya atu jd binggung sapa kan diaganya hehehehe...
Kemarin buat kali pertama slps 2 bulan aku main futsal..mmg inda fit..main lai inda beganti..kawan2 yg ku kontek ada yg inda datang jadi cuma 2 org sja yg reserve..aku main full inda beganti...karau jua baru turun ani....

Friday, January 15, 2010

Kemaskini Januari 2010

Sudah agak lama tidak update blog ani..bukan disebabkan kesibukan kerja di pejabat tetapi disebabkan keletihan bila balik dari pejabat. Ada juga kelapangan membuka blog di pejabat tetapi entah mengapa mungkin disebabkan talian dikawalselia oleh unit ICT JPN maka sesetengah laman web telah dihalang termasuk lah blogspot.com..hanya dapat melihat tetapi tidak dapat dilogin.
Setakat ini kerja aku dapat merasakan keseronokan bekerja di pejabat. Tiada tekanan terhadap kerja tidak seperti semasa bertugas di sekolah. itu yang kuperhatikan sebab aku banyak masa untuk berehat dan kalau ada kerja pun aku dapat selesaikan dalam jangka masa yang tidak lama. Mungkin juga disebabkan aku ada pegawai meja di bawah kawalanku jadi aku dapat mengagih-agih tugas secara sama rata. atu mungkin kelebihan di pejabat. Balik ke rumah tekanan kerja langsung tidak terbawa-bawa..tidak seperti berada di sekolah kadang-kadang aku kena memikirkan apa yang perlu dilakukan esok dan kena bersedia sebelum masuk kelas...bukan untuk tujaun mempengaruhi rakan-rakan tapi aku dapat rasa keseronokan bekerja di pejabat berbanding di sekolah. Walaupun dari segi masa mungkin kelebihan kepada masa bertugas di sekolah kerana banyak cuti..tapi bagi aku keselesaan, ketenangan dan keseronokan tanpa tekanan lebih memberikan kepuasan berbanding masa bekerja...malah secara tidak sedar buat itu buat ini masa sudah sampai ke penghujung mahu pulang sudah..
Nah julung2 kali aku bertinta secara ber'Melayu' sebab selama ani aku lebih senang menggunakan campuran berunai dan BM...