BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 25, 2011

Aku dan kerjaku sekarang ani..

Assalammualaikum w.b.t

Entah tiba2 ja aku termasuk ke blog ku ani..rupanya last post ku bulan 10 tahun lepas..Subahanallah batahnya. Lupaku sudah rupanya aku ada blog yg lama nda diupdate..mun org sah sudah kana talak tu..Apa2pun sekarang ani aku dgn tugas baru ku yg ku terima awal tahun ani sebagai PENOLONG PENGARAH Pengurusan Data dan ABM yang lebih banyak menguruskan soal2 Kewangan dan Perjawatan bagi Aktiviti Pendidikan Rendah JPN Sabah. Tugas baru yang menyeronokkan dan mencabar. Seronok sebab aku nda lagi terlibat dgn pengurusan guru yang mengatur penempatan dan pertukaran guru. Seronok sebab aku nda lagi berhadapan karenah guru-guru dan keluarga serta YB mereka yang sewaktu dgnnya. Mencabar sebab tugas ani aku nada pengalaman. Tapi nya Bossku..pengalaman perlu ditimba sebab ia akan mengajar dan memberikan ilmu kepada kita. Sebab atu tah aku sanggup terima tugas baru ni dengan harapan ianya akan memberikan satu pengalaman yang baik dan boleh digunakan untuk masa depan (mana tau jadi pentadbir pula di sekolah lepas ani).
Tugas sekarang menyebabkan aku jarang berada di opis..lebih banyak menghabiskan masa keluar outststion, ke Unit Kewangan JPN (Federal House) dan ke KL menguruskan soal2 kewangan dan perjawatan yang selama ani inda diambil peduli langsung masa ku lakat mengajar di sekolah. Tugas ani jua menuntut kediaku sentiasa bersiap sedia dgn data, komputer, telepon dan kalkulator (jarang jua pakai pasal opis bagi yg basar banar hehe). Alhamdulillah dalam masa 5 bulan ani aku sudah pernah membentang di hadapan PPD, Pengarah malah membentang di hadapan orang2 besar di Peringkat Kementerian Pelajaran sendiri. Pengalaman ani sedikit sebanyak memberikan aku keyakinan bahawa rupanya aku berkebolahan pula dalam soal2 pembentangan di hadapan orang2 penting pendidikan ani hehehe.
Hari ani..??? aku minta iksius dar bos sb d malam akhir tidur menyiapkan data gaji guru-guru ani..heheh atu yang siuk skrang ani..sanang banar kan cuti heheh..