BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 25, 2010

KL 22-24 Feb

22-24 Feb ada meeting eGtukar di Salak Tinggi Sepang. Meeting tentang permohonan pertukaran guru yang akan bermula 1 April 2010 bagi pertukaran kuatkuasa Jun 2010. Eroninya kali ani pertukaran antara daerah dan dalam daerah jg akan dibuat secara online. Sebelum ani cuma antara negeri sahaja yang gunakan online.
22 Feb masa kami (aku + Md. Hanim) sampai kami cek in terus ke hotel dan dimaklumkan nada apa2 aktiviti petang atu. Jadi aku ambil kesempatan untuk jumpa Nana di TKC. Banyak-banyak terima kasih untuk anak buahku yang kerja di KLIA (Md. Sharul)..tapi tungkal jua ikut kreta Satria GTi nya ani...nda ku parnah2 membawa kereta sampai 140-160KM sejam...
Alhamdulillah dapat jua jumpa Nana walaupun mulanya melalui proses yang agak 'ketat' oleh pihak pengurusan sekolah..aku maklum lah tu pasal masa tu bukan masa melawat..tapi atas ehsan kemanusiaan dan memandangkan aku datang jauh dari Sabah..bersungguh2 jua ku liat kerani TKC atu mengunjarkan si Nana...
Akhirnya dapat jua ku jumpa Nana dan bagi hadiah jam ODM dari mamanya.....

Saturday, February 20, 2010

Jamuan & ODM


Hari ini turun ke KK untuk attend Majlis Mengimbas Kenang Kejayaan Dijulang Bersama Timbalan Pengarah JPN di Hotel Palace. Mantan Ketua Sektor SPS yg dinaikkan pangkat dan setapak lagi utk menjadi Pengarah..Amin.
Lepas Jamuan aku ambil anak dan bini di Centre Point. Memang sudah dirancang hari kami kan membali jam tangan utk c Nana. Pesannya ia mau jam jenama ODM..ingatkan jenama ani biasa2 saja rupanya takajut badak ku ODM jadi OMG (oh..my God!!)buli tahan harganya...!!! seringgit lagi RM400..!

NANA & OUT STATION...



Semalam Nana telepon dr TKC bgtau skjp lagi dia ikut tilawah peringkat sekolah. Gud luck 4 her. Last year ia dpt no. 2 kalah kpd senior form 5. Jam 11 mlm dia col balik bagitau dia menang.!!Alhamdulillah atu saja yg dapat diungkapkan. Ku bagitau, Abah cukup bangga ada anak macam Nana. Next..ia akan bertanding ke Peringkat daerah Seremban. Mudah2an kejayaan bakal menyusul. Last sebelum ia meletak telepon ia tanya "Bah..jam Nana macamana?" Adehhh...anak bertuah hehehehe..Esuk tah kami turun ke KK membalikan jam yang ditagih-tagihnya dari awal tahun atu....

22-24 aku ada assignment di KL. Meeting e-Gtukar dengan KPM di Salak Tinggi. Bermula tahun ani proses permohonan pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah akan dibuat secara online..pertukaran guru antara negeri sudah lama dibuat secara online. Dalam masa yang sama ada juga peluangku kan melawat Nana..

Tuesday, February 16, 2010

Gong Xi Fa Chai...

Panjang cuti kali ni 4 hari..hari Sabtu kami balik Keningau ada majlis memperingati arwah mentuaku. Semua keluarga bini ku berkumpul...lama sudah nda bjumpa ipar2 ani..Kemarin kami sefamily dan family Jaikin ke Ranau..cuti2 sempena Tahun Baru Cina ani tah...jam 5 subuh sudah berangkat bagi mengelakkan kesesakan di Poring. Alhamdulillah sebelum jam 8 kami sudah sampai di Poring dan selesa dengan keadaan yang belum sesak lagi. Jam 11 orang sudah semakin ramai masa kami keluar dari Poring. Balik dari Poring kami singgah di Kg. Luanti Ranau. Kg GDW yang menyediakan eko-pelancongan yang menarik dan tidak ada di tempat lain di dunia ani. Massage ikan....ternyata pengalaman yang MENYERONOKKAN..!!Apatah lagi dgn ikan-ikan yang jinak menghisap2 tangan kita...Insyaallah kalau ada kesempatan ingin sangat pergi ke Kg. Luanti ani....




Thursday, February 4, 2010

Cuti 2 hari

Ahhhh...syok rasanya cuti..2 hari selepas bengkel kedudukan guru di Sabah 2010. Walaupun aku nda buat kerja..kerja ku buka laptop main game saja sbb aku cuma perlu memantau kerja2 pegawai-pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPD. Kalau ada masalah tentang kes tidak lapor diri..aku selesaikan lah. So far tiada kes yang berat2..kehilangan guru hanya disebabkan kes-kes pertindahan nama disebabkan kenaikan pangkat.
Semalam Ketua Unit sms aku minta ampun dan maaf sbb terpaksa panggil aku meeting esuk petang..lamahnya aku...mau nda mau aku kena datang utk meeting penempatan guru KDC Pemulihan Khas dan Pedalaman. Senangnya guru-guru ni hanya dipostingkan di sekolah masing-masing..jadi nda payah panggil PPD utk meeting. Setakat hantar senarai cadangan penempatan dan buat surat penempatan saja..itu pun bukan aku yang buat..ada keraniku yang buat..wahhh..siuk pula rasanya ada kerani ani..hehehheehee